RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK
Tarikh : 25 September 2012
Hari : Selasa
Mata Pelajaran : Matematik
Tahun : 1
Amal
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Bilangan Murid : 20 Orang
Tajuk : Nombor
dan Operasi
Bidang Pembelajaran : 2. Tambah dan Tolak
Objektif Pembelajaran : 2.3 Tambah dan tolak dalam lingkungan
100
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid
berupaya
i)
Tambah dalam dalam lingkungan 100:
a.
Menulis nombor dalam nilai tempat yang betul.
b.
Melakukan pengiraan menambah dua nombor dua digit dan tanpa pengumpulan semula.
c.Menjawab lima daripada lapan soalan dengan betul dalam hot
potato.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid sudah boleh:
i)
menama dan menentukan nilai dalam lingkungan 100.
ii) Menulis soalan
menggunakan ayat matematik dan bentuk lazim.
Kosa kata :
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai Tempat
Kemahiran : Kemahiran
Menganalisis, Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Bahan Sumber P&P : Powerpoint, Pinggan Kertas, Kacang
hijau, Kacang merah, Garis Nombor, Bekas Nombor, Lembaran Kerja
Nilai Murni :
Bekerjasama, Bertanggungjawab, Kerajinan
Peringkat
|
Isi Kandungan Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set induksi
(5 min)
|
Soalan :
1. Apakah Dora perlu lakukan pada
akhir video tersebut?
Jawapan : Menambah jumlah haiwan
dan jumlah buah-buahan yang dia nampak.
|
1. Guru menunjukkan satu video
mengenai nombor.
2. Guru membimbing murid untuk menyatakan konsep
tambahan.
|
Bahan Sumber P&P:
Powerpoint
Kemahiran :
Kosa kata:
Tambah
|
Perkembangan
Langkah 1
(15 min)
|
Soalan:
a.21+33 = 54
b.34+44 = 78
c.72+27 = 99
|
1. Guru akan menunjukkan cara
menambah dengan teknik gabungan menggunakan Powerpoint.
2. Guru memberikan setiap murid
satu pinggan kertas dan sembilan biji kacang hijau dan kacang merah.
3. Guru akan menunjukkan langkah
empat ke enam dengan menggunakan powerpoint.
4. Murid-murid dikehendaki
menambah 2 nombor yang diberikan dengan menggunakan kacang hijau dan kacang
merah yang ada.
5. Murid-murid dikehendaki meletak
nombor pertama pada telinga kiri dan nombor kedua pada telinga kanan dan
meletakan semua biji kacang hijau dan merah di tengah untuk mengira jawapan.
6.Murid-murid akan mengira
jumlah biji kacang hijau dan merah untuk mendapat jumlah dua nombor.
|
Bahan Sumber P&P:
1. Powerpoint
2. Pinggan Kertas
3. Kacang hijau
4. Kacang merah
Kemahiran :
Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan
|
Langkah 2
(13 min)
|
Soalan:
a. 33+4 = 37
b. 45+ 4 = 49
c. 50+10 = 60
d. 60+11 = 71
e. 65+13 = 78
|
1. Guru akan menunjukkan cara
menambah dengan teknik menambah naik dengan powerpoint.
2. Guru akan menunjukkan satu
garis nombor di hadapan.
2. Guru akan tanya soalan dan
meminta seorang murid untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan
menggerakkan patung pada garis nombor kepada jawapan.
3. Murid-murid lain akan menulis
soalan tersebut dalam ayat matematik dan bentuk lazim dalam buku latihan.
4. Guru akan meronda sekeliling
kelas untuk memerhati keadaan murid-murid lain.
|
Bahan Sumber P&P:
Kemahiran :
1. Kemahiran Menganalisis
Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai
tempat
Nilai:
Bertanggungjawab
|
Langkah 3
(15 min)
|
|
1. Murid-murid akan dibahagikan kepada 4
kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi
satu bekas yang
mengandungi enam nombor yang
berlainan dan dua butang kecil. (Setiap bekas adalah berlainan)
3. Murid-murid dikehendaki
menggoncang bekas tersebut dalam keadaan tertutup.
4.Murid akan membuka bekas
tersebut dan menambahkan nombor di mana dua butang kecil itu terletak.
5. Murid-murid akan menuliskan
persamaan tersebut dalam ayat matematik dan bentuk lazim dalam buku latihan.
6. Murid-murid akan menukar bekas
antara kumpulan apabila guru memberi arahan.
|
Bahan Sumber P&P:
1. Bekas nombor
Kemahiran :
1. Kemahiran Menganalisis
2. Kemahiran
Menyelesaikan masalah
Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai
tempat
Nilai:
Bekerjasama
|
Penilaian
Langkah 4
(5 min)
|
Soalan
|
1. Guru akan memberi murid membuat
latihan yang dihasilkan oleh perisian “hot potato”.
2. Guru akan menilai jawapan murid
semasa murid menjawab soalan.
.
|
Bahan Sumber P&P:
1. Hot potato
Kemahiran :
1. Kemahiran Menganalisis
2. Kemahiran
Menyelesaikan
masalah
Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai
tempat
Nilai:
Bertanggungjawab
|
Penutup
(7 min)
|
Soalan
1.Apakah jumlah haiwan dan jumlah
buah-buahan Dora nampak?
Jawapan : 23 biji buah-buahan, 15
ekor haiwan.
2. Apakah kemahiran yang telah
murid belajar pada hari ini?
Jawapan : penambahan secara
gabungan dan menambah naik
|
1. Guru akan bertanya murid apa jawapan
bagi soalan dalam video.
2. Guru akan bertanya murid apa
yang mereka telah belajar hari ini.
3. Guru memberi lembaran kerja
kepada murid sebagai kerja rumah.
4. Guru akan menasihat murid
membuat latihan yang banyak supaya dapat mengukuhkan apa yang telah dibelajar
pada hari ini.
|
Bahan Sumber :
Powerpoint
Lembaran kerja
Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai
tempat
Nilai:
Kerajinan
Bertanggungjawab
|
The Wynn Hotel Casino & Spa - MapYRO
ReplyDeleteFind The Wynn Hotel Casino & 여수 출장안마 Spa locations, 이천 출장마사지 rates, 아산 출장마사지 amenities: expert Las Vegas research, only at 보령 출장마사지 Hotel and Travel Index. 안성 출장안마