Wednesday, 26 September 2012

RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Tarikh                                    :           25 September 2012
Hari                                        :           Selasa
Mata Pelajaran                     :           Matematik
Tahun                                     :           1 Amal
Masa                                      :           8.00 pagi – 9.00 pagi
Bilangan Murid                      :           20 Orang
Tajuk                                      :           Nombor dan Operasi
Bidang Pembelajaran          :           2. Tambah dan Tolak
Objektif Pembelajaran         :           2.3 Tambah dan tolak dalam lingkungan 100
Hasil Pembelajaran             :           Pada akhir pembelajaran, murid berupaya
                                                            i) Tambah dalam dalam lingkungan 100:
                                                            a. Menulis nombor dalam nilai tempat yang betul.
                                                            b. Melakukan pengiraan menambah dua nombor dua digit          dan tanpa pengumpulan semula.
c.Menjawab lima daripada lapan soalan dengan betul dalam hot potato.
Pengetahuan Sedia Ada   :           Murid-murid sudah boleh:
                                                            i) menama dan menentukan nilai dalam lingkungan 100.
 ii) Menulis soalan menggunakan ayat matematik dan bentuk lazim.
Kosa kata                           : Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai Tempat
Kemahiran                          : Kemahiran Menganalisis, Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Bahan Sumber P&P         : Powerpoint, Pinggan Kertas, Kacang hijau, Kacang merah, Garis Nombor, Bekas Nombor, Lembaran Kerja
Nilai Murni                          :  Bekerjasama, Bertanggungjawab, Kerajinan


           







Peringkat
Isi Kandungan Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 min)
Soalan :
1. Apakah Dora perlu lakukan pada akhir video tersebut?
Jawapan : Menambah jumlah haiwan dan jumlah buah-buahan yang dia nampak.

1. Guru menunjukkan satu video mengenai nombor.
2. Guru membimbing murid untuk menyatakan konsep tambahan.
Bahan Sumber P&P:
Powerpoint

Kemahiran :
  1. Kemahiran Menganalisis

Kosa kata:
Tambah

Perkembangan
Langkah 1
(15 min)
Soalan:
a.21+33 = 54
b.34+44 = 78
c.72+27 = 99

  1. Kacang merah mewakili nilai tempat sa.
  2. Kacang hijau mewakili nilai tempat pu.








1. Guru akan menunjukkan cara menambah dengan teknik gabungan menggunakan Powerpoint.

2. Guru memberikan setiap murid satu pinggan kertas dan sembilan biji kacang hijau dan kacang merah.

3. Guru akan menunjukkan langkah empat ke enam dengan menggunakan powerpoint.

4. Murid-murid dikehendaki menambah 2 nombor yang diberikan dengan menggunakan kacang hijau dan kacang merah yang ada.

5. Murid-murid dikehendaki meletak nombor pertama pada telinga kiri dan nombor kedua pada telinga kanan dan meletakan semua biji kacang hijau dan merah di tengah untuk mengira jawapan.

6.Murid-murid akan  mengira  jumlah biji kacang hijau dan merah untuk mendapat jumlah dua nombor.
Bahan Sumber P&P:
1.   Powerpoint
2.   Pinggan Kertas
3.   Kacang hijau
4.   Kacang merah

Kemahiran :
  1. Kemahiran Menganalisis
  2. Kemahiran Menyelesaikan masalah

Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan

Langkah 2
(13 min)
Soalan:
a. 33+4 = 37
b. 45+ 4 = 49
c. 50+10 = 60
d. 60+11 = 71
e. 65+13 = 78


1. Guru akan menunjukkan cara menambah dengan teknik menambah naik dengan powerpoint.


2. Guru akan menunjukkan satu garis nombor di hadapan.

2. Guru akan tanya soalan dan meminta seorang murid untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggerakkan patung pada garis nombor kepada jawapan.

3. Murid-murid lain akan menulis soalan tersebut dalam ayat matematik dan bentuk lazim dalam buku latihan.

4. Guru akan meronda sekeliling kelas untuk memerhati keadaan murid-murid lain.
Bahan Sumber P&P:
  1. Garis nombor

Kemahiran :
1.    Kemahiran Menganalisis




Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai tempat

Nilai:
Bertanggungjawab

Langkah 3
(15 min)


1.  Murid-murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan diberi satu bekas yang
mengandungi enam nombor yang berlainan dan dua butang kecil. (Setiap bekas adalah berlainan)

3. Murid-murid dikehendaki menggoncang bekas tersebut dalam keadaan tertutup.

4.Murid akan membuka bekas tersebut dan menambahkan nombor di mana dua butang kecil itu terletak.

5. Murid-murid akan menuliskan persamaan tersebut dalam ayat matematik dan bentuk lazim dalam buku latihan.

6. Murid-murid akan menukar bekas antara kumpulan apabila guru memberi arahan.


Bahan Sumber P&P:
1.    Bekas nombor

Kemahiran :
1.    Kemahiran Menganalisis
2.    Kemahiran
Menyelesaikan masalah

Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai tempat

Nilai:
Bekerjasama

Penilaian
Langkah 4
(5 min)
Soalan
1. Guru akan memberi murid membuat latihan yang dihasilkan oleh perisian “hot potato”.

2. Guru akan menilai jawapan murid semasa murid menjawab soalan.


.
Bahan Sumber P&P:
1.    Hot potato

Kemahiran :
1.    Kemahiran Menganalisis
2.    Kemahiran
    Menyelesaikan masalah

Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai tempat

Nilai:
Bertanggungjawab
Penutup
(7 min)
Soalan
1.Apakah jumlah haiwan dan jumlah buah-buahan Dora nampak?
Jawapan : 23 biji buah-buahan, 15 ekor haiwan.

2. Apakah kemahiran yang telah murid belajar pada hari ini?
Jawapan : penambahan secara gabungan dan menambah naik
1. Guru akan bertanya murid apa jawapan bagi soalan dalam video.
2. Guru akan bertanya murid apa yang mereka telah belajar hari ini.
3. Guru memberi lembaran kerja kepada murid sebagai kerja rumah.
4. Guru akan menasihat murid membuat latihan yang banyak supaya dapat mengukuhkan apa yang telah dibelajar pada hari ini.
Bahan Sumber :
Powerpoint
Lembaran kerja

Kosa kata:
Tambah, Jumlah, Sama Dengan, Nilai tempat

Nilai:
Kerajinan
Bertanggungjawab




Bahan Sokongan

Bahan Sokongan






Pinggan Kertas & Kacang







Garis Nombor







Bekas Nombor